Kempen, debat Pilpres ‘suram’ berbanding 2014 - Utusan Malaysia

Kempen, debat Pilpres ‘suram’ berbanding 2014

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 7 Feb. – Kempen pilihan raya Presiden (Pilpres) Indonesia mula menimbulkan kebimbangan dalam kalangan rakyat apabila rata-ratanya mendakwa kesemua calon masih mengutamakan isu-isu sensasi berbanding perkara nya­ta.

Sasterawan, Agus Noor berkata, kebanyakan ahli politik hari ini lebih cenderung terlibat dalam isu-isu yang tidak berat dan membabitkan pertukaran idea.

PHILIPS J VERMONTE
PHILIPS J VERMONTE 

Jelasnya, situasi itu secara tidak langsung meningkatkan penyebaran be­rita atau maklumat palsu dalam media sosial.

“Golongan cen­de­kiawan yang seharusnya menjadi medium untuk menjernihkan situasi turut terlibat dalam arus politik.

“Pilpres kali ini dilihat sukar apabila kepentingan dalam politik diutamakan berbanding hal-hal yang sewajarnya, sekali gus menyebabkan kita kehila­ngan suara rakyat,” katanya seperti yang dipetik portal berita Kompas.

Beliau juga me­nyatakan bahawa masyarakat mula bijak menilai ahli-ahli politik yang tidak terlalu mengutamakan kepentingan politik semata-mata.

Jelas beliau, perlu ada tokoh akademik atau cendekiawan yang mampu menjelaskan fakta ketika senario penyebaran berita palsu semakin menjadi-jadi ketika ini.

Penganalisis politik di Lembaga Ilmu Pengetahuan Indonesia (LIPI), Mochtar Pabottingi pula berpandangan, ahli-ahli politik dilihat lebih suka menghindari isu-isu berat ketika berdebat.

Hal demikian kerana ahli politik suka memilih cara atau kaedah yang paling mudah untuk mengatasi pihak lawan dan situasi itu boleh dilihat pada sesi debat pertama calon Pilpres pada 17 Januari lalu.

Tambahnya, Pilpres tahun ini jauh berbeza berbanding Pilpres pada 2014 apabila rakyat bersemangat dengan calon-calon pilihan mereka.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Pengajian Antarabangsa dan Pusat Strategik, Philips J Vermonte menyatakan, setiap individu mempunyai hak memberi pendapat menjelang pe­ngundian Pilpres 2019.

Namun katanya, penggunaan media sosial secara meluas boleh menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat apabila mereka cenderung untuk menolak penjelasan yang logik, rasional dan positif.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN