Kementerian Pendidikan nafi terlibat dengan penamatan kontrak 12,000 pengawal keselamatan - Utusan Malaysia

Kementerian Pendidikan nafi terlibat dengan penamatan kontrak 12,000 pengawal keselamatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 Feb. – Kementerian Pendidikan menegaskan pihaknya tidak terlibat dengan penamatan kontrak mahupun pengambilan mana-mana pengawal keselamatan memandangkan perkara tersebut adalah perolehan perkhidmatan syarikat swasta.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut Kementerian Pendidikan, setiap perkara berkenaan kontrak pengawal keselamatan dibuat sepenuhnya oleh syarikat yang mendapatkan kontrak perkhidmatan.

“Kita menafikan dakwaan Persatuan Industri Keselamatan Malaysia (PIKM) berkenaan pihak kementerian tidak menyambung kontrak syarikat-syarikat perkhidmatan kawalan keselamatan yang telah tamat tempoh pada 31 Disember lalu.

“Sebaliknya, kontrak syarikat perkhidmatan kawalan keselamatan yang telah tamat tempoh itu telah ditender semula mengikut keperluan semasa mengikut norma baharu kementerian,” kata kementerian itu dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Presiden PIKM, Datuk Seri Mustapa Ali mendakwa seramai 12,000 pengawal keselamatan sekolah hilang pekerjaan selepas Kementerian Pendidikan melaksanakan terma kontrak pengawal keselamatan sekolah yang ditukar daripada dua syif kepada tiga syif setiap hari.

Mengulas lanjut, Kementerian Pendidikan memberitahu, kontrak yang ditender semula telah disertai syarikat-syarikat kawalan keselamatan yang berdaftar dengan Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Kewangan.

Katanya, perkara itu adalah berdasarkan keperluan semasa seperti bilangan syif dan pekerja. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN