Kemenangan Chelsea beri kelegaan kepada Sarri - Utusan Malaysia

Kemenangan Chelsea beri kelegaan kepada Sarri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MALMO, Sweden 15 Feb.- Chelsea berjaya meraih kemenangan 2-1 ke atas Malmo dalam aksi pertama pusingan 32 terbaik, Liga Europa di Stadion awal pagi tadi, sekali gus mengurangkan tekanan yang dihadapi pengendali pasukan itu, Maurizio Sarri.

Pasukan The Blues turun dalam keadaan terdesak untuk memperolehi keputusan positif dalam perlawanan itu selepas dimalukan dalam dua perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila tewas 0-6 di tangan Manchester City dan 0-4 kepada Bournemouth.

Dalam aksi di Paris, Ross Barkley meletakkan pasukan pelawat di depan pada minit ke-30 sebelum Olivier Giroud menggandakan jaringan buat Chelsea minit ke-58.

Namun, tuan rumah berjaya bangkit merapatkan kedudukan pada lewat permainan menerusi jaringan Anders Christiansen.

Kedua-dua pasukan akan bertemu semula untuk perlawanan timbal balik minggu depan di Stamford Bridge.

“Saya gembira kerana kami bermain dengan penuh keyakinan dan ia bukan perlawanan yang mudah selepas perlawanan terakhir kami (tewas kepada City).

“Saya sentiasa yakin tetapi ada masanya kami menerapkan permainan yang salah dalam sesuatu perlawanan. Jadi, kami perlu lebih berhati-hati dalam setiap perlawanan,” kata jurulatih dari Itali itu.

Sarri menyenaraikan barisan terkuatnya dalam kesebelasan utama kecuali Gonzali Higuain dan Eden Hazard yang diletakkan dibangku simpanan.

Sementara itu, Chelsea akan menentang Manchester United dalam saingan Piala FA Isnin ini sebelum menentang City sekali lagi dalam final Piala Liga pada 24 Februari ini. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN