Kemasukan bekas ahli UMNO tambah kekuatan PH - Mat Sabu - Utusan Malaysia

Kemasukan bekas ahli UMNO tambah kekuatan PH – Mat Sabu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 14 Feb. – Kemasukan bekas wakil rakyat UMNO ke dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan menjejaskan sokongan rakyat kepada gabungan Pakatan Harapan (PH).

Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu berkata, sebaliknya langkah tu akan menambah kekuatan gabungan tersebut.

“Tidak menjejaskan, apabila bertambah akan menambah lagi kekuatan,” katanya dalam sidang akhbar selepas lawatan kerja di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian apabila ditanya pemberita apakah kemasukan enam bekas wakil rakyat UMNO ke dalam Bersatu akan menjejaskan sokongan rakyat terhadap PH.

Kelmarin, enam bekas wakil rakyat UMNO menyertai Bersatu kerana yakin dengan perjuangan yang dibawa Pengerusi Bersatu, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Mereka adalah Ahli Parlimen Tasik Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya; Ahli Parlimen Mersing, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad; Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid; Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Mohamad Fasiah Mohd. Fakeh dan Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×