BARCELONA 28 Feb. – Jentera Ferrari yang dipandu Sebastian Vettel terlibat dalam kemalangan ketika hari kedua sesi ujian pramusim di Barcelona yang menyaksi persiapan pasukan itu terganggu menjelang perlumbaan pembukaan musim di Melbourne, Australia, pertengahan Mac ini. Vettel hilang kawalan selepas mengalami masalah mekanikal ketika memandu jentera dalam kelajuan 241 kilometer sejam di selekoh ketiga, sebelum melanggar penghadang sekali gus menyebabkan kerosakan besar pada keretanya. Kemalangan tersebut menyebabkan Vettel sekadar berada di kedudukan ketiga terpantas sewaktu sesi ujian tersebut dan pelumba berkenaan berkata, kemalangan itu telah menyebabkan pasukannya berdepan kesukaran…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya