Kelantan lepas ubi muda demi negara - Utusan Malaysia

Kelantan lepas ubi muda demi negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 14 Feb. – Tindakan Kelantan melepaskan lima tonggaknya untuk menjalani latihan persiapan bersama skuad kebangsaan menjelang Kejuaraan B-22 AFF 2019 di Phnom Penh, Kemboja merupakan tanda sokongan tidak berbelah bahagi kepada pasukan negara.

Lima ‘ubi muda’ yang dimaksudkan iaitu ialah Nik Akif Syahiran Nik Mat; Muhammad Danial Haqim Draman; Muhamad Shahrul Nizam; Nik Azli Nik Alias dan juga pemain pinjaman dari PKNS FC. Damien Lim.

Ketua Pegawai Eksekutif Kelantan Red Warriors (KRW) Sdn. Bhd Ahmad Fazli Mohammad berkata, bukan itu sahaja langkah tersebut juga bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada bintang muda pasukan itu.

Menurutnya, pendedahan bersama skuad kebangsaan itu amat penting dalam usaha mematangkan lagi corak permainan kesemua ubi muda The Red Warriors (TRW).

“KRW sentiasa terbuka untuk memberikan pelepasan kepada mana-mana pemain TRW yang dipanggil untuk bersama pasukan kebangsaan kerana ia adalah tugas pada negara.

“Kami berpandangan ia tidak merugikan pasukan, sebaliknya ia merupakan pelan jangka panjang yang akan menguntungkan TRW pada masa depan,” katanya.

Ahmad Fazli memberitahu, hal ini kerana pemain berkenaan dapat mengutip seberapa banyak pengalaman dipentas antarabangsa sekaligus dapat memberikan lebih keyakinan kepada mereka untuk bermain bersama TRW.

Katanya, saingan dipentas antarabangsa pastinya menghadirkan suasana yang penuh berbeza kerana mereka terpaksa berdepan dengan pelbagai cabaran apabila menentang dari Thailand dan Vietnam.

“Saya berpandangan ia tidak akan memberikan masalah kepada TRW untuk mengharungi saingan Liga Perdana selepas ini.

“Kami masih ada pemain yang boleh mengisi kekosongan ditinggalkan oleh mereka berlima,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN