Kedai RM2 di Sungai Petani hampir musnah terbakar - Utusan Malaysia

Kedai RM2 di Sungai Petani hampir musnah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI 6 Feb. – Sebuah kedai jualan pelbagai barangan berharga RM2, hampir musnah dalam kebakaran di Taman Ria Jaya di sini, hari ini.

ANGGOTA bomba memeriksa sebuah kedai jualan RM2 yang hampir musnah dalam kebakaran di Taman Ria Jaya
ANGGOTA bomba memeriksa sebuah kedai jualan RM2 yang hampir musnah dalam kebakaran di Taman Ria Jaya 

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Petani, Penolong Kanan Penguasa Bomba Azmir Hasan berkata, kira-kira 30 orang anggota bomba dan penyelamat bergegas ke lokasi sebaik sahaja menerima panggilan pukul 5.06 petang.

Katanya, sebaik sahaja pasukan bomba tiba, api sedang marak dan memusnahkan 50 peratus bangunan namun tidak melibatkan sebarang mangsa.

“Kita dibantu oleh anggota pasukan Bomba dan Penyelamat Amanjaya serta Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Bakar Arang, Bedong dan Semeling,” katanya di sini.

Menurut beliau, api dapat dipadam sepenuhnya pada pukul 5.23 minit petang dan punca serta jumlah kerugian sebenar masih dalam siasatan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN