PUTRAJAYA – Satu siasatan terperinci sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebuah feri yang terbakar sewaktu dalam perjalanan dari Langkawi ke Kuala Perlis di perairan Langkawi kelmarin. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, siasatan tersebut dijangka mengambil masa satu atau dua minggu ekoran memerlukan pemantauan sebelum memperoleh keputusan. “Kita juga sedang menunggu hasil siasatan, cadangan dan ulasan daripada Jabatan Laut Malaysia sebelum sebarang tindakan diambil terhadap syarikat feri berkenaan.…










