Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat dibantu oleh Gebeng Emergancy Mutual Aid (GEMA) bertungkus-lumus memadamkan kebakaran hutan tanah gambut di kawasan Perindustrian Gebeng, Kuantan, Pahang. Kebakaran yang berlaku sejak petang kelmarin kini semakin merebak merangkumi kawasan seluas 60 hektar, berbanding 40 hektar semalam.










