Kematian ahli keluarga hanya alasan, saya tahu dia di mana - Linda Hashim

Kematian ahli keluarga hanya alasan, saya tahu dia di mana – Linda Hashim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon, Linda Hashim,41, mendakwa, suaminya yang juga pelakon, Beego hanya menjadikan kematian ahli keluarganya sebagai alasan untuk tidak hadir pada prosiding kes perceraian mereka hari ini.

Linda atau nama sebenarnya, Norhazlinda Hashim, 41, berkata, dia mendapat tahu bahawa pengurusan jenazah ahli keluarga Beego itu sudah selesai semalam selain mendakwa mengetahui di mana keberadaan sebenar suaminya itu.

“Saya ada bukti dia (Beego) berada di mana. Sebab dia beritahu saya di mana keberadaan dia. Dia tidak datang pun pengebumian arwah ibu saudara dia semalam. Malah, dia tidak hadir pun ke majlis kematian itu.

“Dia hanya menggunakan sahaja alasan ada kematian. Tapi tak apa, Allah Maha Melihat, Allah Maha Mendengar, Allah Maha Mengetahui.

“Saya serah sepenuhnya pada Allah, biar Allah sahaja yang atur segala perjalanan saya dekat sini hingga pengakhiran yang sangat-sangat baik, Insya-Allah,”katanya.

Linda berkata demikian ketika ditemui pada prosiding pengesahan lafaz taklik di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, hari ini.

Dalam pada itu, ibu kepada dua cahaya mata ini mendakwa, Beego sengaja melambatkan kes perceraian mereka kerana mahu mengetahui terlebih dahulu jumlah nafkah anak-anak, iddah dan mutaah yang akan difailkan olehnya.

“Saya baru dapat tahu daripada peguam defendan (pihak Beego) kenapa dia tak nak lepaskan saya sebab dia nak tengok dulu saya punya fail nafkah dan mutaah. Apak-apa yang berkaitan dengan bab duit.

“Sekiranya dia bersetuju, dia akan cerai. Sekiranya dia tak bersetuju, mungkin dia akan gantung lagi saya atau akan ‘hold’ lagi kes perceraian kami ini.

“Nafkah iddah, nafkah anak-anak, semua segala benda yang berkaitan dengan duit. Saya rasa dia risaukan perkara itu. Dia menggunakan kuasa veto dia sebagai seorang suami untuk gantung dulu selagi dia tak tengok berapa jumpah yang saya minta.

“Tetapi buat masa sekarang ini saya tak fokus pun tentang nafkah sebab saya tak fikir pun pasal segala benda yang tuntutan ke, duit ke apa ke. Saya hanya nak bercerai sahaja. Tapi dia sibuk dengan hal yang sedemikian.

“Sebab itu dia kadang-kadang sekejap-sekejap nak cerai, sekejap tak nak. Sekejap dia bersetuju dan peguam saya pun ada bagi tahu yang dia diberitahu bahawa dia bersetuju nak bercerai hari itu, tiba-tiba hari ini tak datang,”ujarnya.

Sejak Januari lalu, rumah tangga Linda dan Beego atau nama sebenar Mohamad Aszerul Nizam Abdullah, 45, menjadi perhatian ramai apabila aktres berkenaan memfailkan perceraian dengan alasan tiada persefahaman.

Mereka pernah bercerai pada 27 Mac 2023, namun, mencapai kata sepakat untuk rujuk pada 9 April 2023 dan membatalkan tuntutan nafkah dan hak penjagaan tiga anak mereka.

Linda bagaimanapun mendakwa mereka kemudiannya bercerai buat kali kedua selepas beberapa bulan rujuk, namun kembali bersama tidak lama selepas itu.

Beego dan Linda mendirikan rumah tangga pada Jun 2013 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Jelita Clarissa, 11, Anggun Cassandra, 10, dan Indah Camelia, 6 tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN