JOHOR BAHRU – Kanak-kanak perempuan yang dilaporkan hilang selepas mandi di Tanjung Balau dekat Kota Tinggi petang semalam, ditemui lemas oleh orang awam tidak jauh dari tempat mangsa dilaporkan hilang. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Penawar, Penolong Penguasa Bomba Mohd Fadli Ismail berkata, mayat mangsa dijumpai kira-kira 100 meter dari tempat dia dilaporkan lemas lebih kurang 24 jam yang lalu. “Mangsa dijumpai pada 4.30 petang. Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada…










