SICHUAN 10 Feb. – Seorang kanak-kanak perempuan ketakutan apabila tiga panda gergasi menghampirinya setelah terjatuh ke dalam kawasan kurungan mereka di Chengdu Research Base Giant Panda Breeding di sini semalam. Bagaimanapun, kanak-kanak itu berjaya diselamatkan atas tindakan pantas pengawal yang menariknya naik ke atas daripada kurungan berkenaan. Haiwan itu juga nampaknya tidak bersikap mengancam sebaliknya kelihatan rasa ingin tahu dengan kehadiran kanak-kanak malang berkenaan. – AGENSI










