Kami kehilangan mentor, jurulatih hebat- Ferguson - Utusan Malaysia

Kami kehilangan mentor, jurulatih hebat- Ferguson

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 15 Feb. – Bekas jurulatih skuad remaja Manchester United yang bertanggungjawab melahirkan generasi ‘Class of ‘92’, Eric Harrison, meninggal dunia pada usia 81 tahun.

Perkara itu diakui Alex Ferguson yang menyanjung Harisson sebagai seorang ‘jurulatih terhebat’.

Sewaktu melatih skuad remaja pasukan itu, Harrison memantau perkembangan sekumpulan pemain muda yang kemudian dikenali sebagai ‘Class of ‘92’ atau ‘Fergie’s Fledglings’.

Harrison, adalah individu yang bertanggungjawab melahirkan pemain hebat termasuk David Beckham, Ryan Giggs, Nicky Butt, Paul Scholes serta Gary dan Phil Neville, disahkan mengidap demensia iaitu penyakit khusus pada otak dan meninges yang berlaku pada peringkat lewat sifilis, empat tahun lalu.

“Sumbangan Eric terhadap bola sepak dan di Manchester United amat mengagumkan.

“Apabila saya hadir sebagai pengurus, saya amat bertuah mempunyai Eric dalam staf sebagai ketua pembangunan belia, jadi saya melihat kerja yang dilakukannya bukan setakat bersama ‘Class of ‘92’ tapi dengan semua pemain muda.

“Beliau membina karakter dan keazaman dalam kalangan pemain muda dan menyediakan mereka untuk masa depan. Beliau adalah guru, beliau memberikan pemain ini laluan, pilihan dan beliau melakukannya dengan kerja keras serta pengorbanan,” kata bekas pengurus United itu.

Sementara itu, Garry Neville turut memberikan penghormatan buat Harrison dengan menyenaraikan jasa dan sumbangan individu itu terhadap perkembangan bakat asli United.

“Kami kehilangan mentor, jurulatih dan individu yang membentuk kami,” tulisnya dalam laman Twitter.

Harrison menghabiskan tempoh 27 tahun di kelab itu dengan 17 tahun mengendalikan pasukan belia dan kemudian membentuk bakat beberapa pemain berprofil tinggi termasuk Mark Hughes dan Norman Whiteside.

Kejayaan terhebat Harrison hadir di bawah kendalian Ferguson dengan pemain ‘Class of ‘92’ menjadi tonggak utama skuad United yang memenangi tiga gelaran pada 1999. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN