AMSTERDAM 13 Feb. – Penjaga gol Real Madrid, Thibaut Courtois percaya pasukannya mampu menjuarai Liga Juara-Juara buat kali keempat berturut-turut pada musim ini. Madrid akan bertemu Ajax dalam aksi pertama pusingan kalah mati awal pagi esok (waktu Malaysia), berharap dapat menjulang trofi kejohanan tersebut buat kali kelima dalam tempoh enam tahun. Bayern Munich dan Ajax sebelum ini pernah memenangi kejohanan berprestij di Eropah itu tiga kali berturut-turut namun Madrid berjaya…