Ribut petir dijangka landa Sabah, Labuan dan Sarawak hingga 16 September

Ribut petir dijangka landa Sabah, Labuan dan Sarawak hingga 16 September

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan penumpuan angin berterusan di barat Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan serta kawasan tengah dan utara Sarawak sehingga 16 September ini.

MetMalaysia berkata, keadaan itu berpotensi menghasilkan ribut petir berserta hujan lebat yang boleh berlaku dalam tempoh lebih panjang berbanding kebiasaan.

Katanya, analisis terhadap model-model ramalan cuaca terkini menunjukkan keadaan atmosfera yang tidak stabil memberi kesan kepada pembentukan awan hujan tebal.

“Fenomena itu sekali gus meningkatkan risiko berlakunya ribut petir di beberapa kawasan terutama pada waktu petang dan malam. Ribut petir dengan intensiti hujan lebat berpotensi berlaku secara berterusan sehingga tarikh yang dinyatakan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Orang ramai dinasihatkan lebih berwaspada terutama ketika menjalankan aktiviti luar bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

Maklumat terkini boleh didapatkan menerusi laman web rasmi, www.met.gov.my serta media sosial rasmi agensi tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN