Juventus, Ronaldo beri amaran kepada Atletico - Utusan Malaysia

Juventus, Ronaldo beri amaran kepada Atletico

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MILAN 16 Feb. – Cristiano Ro­naldo memberi amaran dia kini berada pada prestasi terbaik selepas membantu Juventus menang mudah 3-0 ke atas Frosinone dalam aksi Serie A Itali, hari ini.

Selain menjaringkan satu gol dalam perlawanan itu, Ronaldo turut menjadi penggerak kepada jaringan pembukaan Paulo Dybala. Satu lagi gol Juventus dijaringkan pemain pertahanan, Leonardo Bonucci.

Kemenangan itu bukan sahaja membolehkan Juventus kukuh di takhta Serie A dengan kelebihan 14 mata, malah ­pasti meresahkan Atletico Madrid menjelang pertembungan Liga Juara-Juara, Khamis ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Anak-anak buah Massimi­liano Allegri jelas berada pada tahap terbaik, terutama dengan kembalinya Dybala dalam kesebelasan utama bersama Ronaldo dan Mario Mandzukic.

“Pasukan ini semakin meningkat terutama daripada segi kecergasan.

“Ia adalah detik penentu kami musim ini,” kata Allegri yang lega hampir mendapatkan barisan terkuatnya bukan sahaja untuk berdepan Atletico tetapi juga Napoli dalam pertembungan dua pasukan ter­atas Serie A pada 3 Mac nanti. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×