Kebanjiran iklan haram sewa lori sama ada ditampal atau digantung di segenap sudut terutama berdekatan jalan raya mungkin memudahkan orang ramai untuk memilih perkhidmatan tersebut. Namun, cara itu dikhuatiri mengundang bahaya dan penipuan ketika berurusan kerana perkhidmatan itu sekadar menghubungi nombor yang tertera di iklan tanpa mengetahui latar belakang pengusaha lori. Malah, terdapat kes pelanggan terpaksa berputih mata apabila wang hangus akibat ditipu dalam urusan sewa lori. Bukan itu sahaja,…










