KOTA BHARU – Sebanyak 12,168 saman dikeluarkan oleh polis di Kelantan terhadap pengguna jalan raya sepanjang Op Selamat 14 selama 15 hari yang dilaksanakan sempena Tahun Baharu Cina, yang berakhir kelmarin.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, jumlah itu melebihi 100 peratus berbanding hanya 5,536 saman pada tahun lepas iaitu peningkatan sebanyak 6,632 kes.
Beliau berkata, kebanyakan kes atau 60 peratus daripada saman yang dikeluarkan adalah melibatkan kes memandu melebihi had laju.
Katanya, dalam tempoh sama juga Op Selamat kali ini turut mencatatkan sebanyak 495 kes kemalangan jalan raya.
“Pada 2018 sebanyak 526 kemalangan dicatatkan dan kali ini kita dapati kes menurun sebanyak 31 kes. – Bernama










