Jepun halang wartawan ke Yemen - Utusan Malaysia

Jepun halang wartawan ke Yemen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO 6 Feb. – Jepun mengarahkan seorang wartawan veteran bebas untuk menyerahkan pasportnya bagi menghalangnya daripada membuat liputan berita di Yemen.

KOSUKE Tsuneoka dihalang daripada membuat liputan berita di Yemen. – AGENSI

Langkah itu diambil susulan berlakunya perdebatan di negara ini, sama ada wartawan perlu disekat daripada pergi ke zon perang selepas terjadinya insiden penculikan Jumpei Yasuda di Syria.

Kosuke Tsuneoka, 49, memberitahu media tempatan, pegawai imigresen menghalangnya daripada menaiki pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda pada 2 Februari lalu.

Tsuneoka dikatakan ingin membuat liputan berita berkaitan program bantuan kemanusiaan di Yemen. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN