Jangan risau, semua terkawal - Milner - Utusan Malaysia

Jangan risau, semua terkawal – Milner

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 6 Feb. – James Milner menafikan kritikan terhadap Liverpool selepas mereka sekali lagi keciciran mata dalam aksi Liga Perdana Inggeris dan mengakui gembira pasukannya masih berada di takhta liga.

Skuad Reds kini hanya mendahului tiga mata ke atas Manchester City selepas skuad kendalian Jurgen Klopp itu diikat 1-1 oleh West Ham, awal pagi Isnin lalu.

Bagaimanapun, Milner mengingatkan semua pihak yang meragui kemampuan pasukannya bahawa segalanya masih di bawah kawalan.

“Risau apabila berada di puncak liga dalam bulan Februari? Tidak, saya gembira. Jelas sekali kami berada di takhta liga dalam bulan ini dan perjalanan masih jauh serta banyak perlawanan.

“Kami hanya perlu meneruskannya, jika seseorang berkata kami selesa dengan kelebihan tiga mata ketika ini, terpulang.

“Sewaktu permulaan musim, ada orang yang berkata City adalah pasukan terbaik pernah disaksikan Liga Perdana, jadi berada hampir dengan mereka adalah bagus,” katanya.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN