'Jangan banding kerajaan 61 tahun' - Utusan Malaysia

‘Jangan banding kerajaan 61 tahun’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU LANGAT 19 FEB. – RAKYAT tidak boleh menilai dan membandingkan kecekapan pemerintahan kerajaan yang sudah 61 tahun dengan kerajaan yang baru berusia sembilan bulan.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, ini ke­ra­na kerajaan yang berusia sembilan bulan ini masih baharu, masih banyak perlu belajar dan di peringkat ‘bayi’.

Sehubungan itu, katanya, yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, rakyat perlu menilai kedua-dua zaman pemerintahan itu dengan adil dan betul.

“Kalau kita nak nilai kerajaan, janganlah banding kerajaan yang 61 tahun dengan kerajaan yang berumur sembilan bulan.

“Mana boleh kita banding bayi dengan seorang warga emas. Pengalaman berbeza. Bercakap pun tak boleh nak ban­ding. Nak banding biar banding dengan adil dan betul,” katanya sewaktu berucap dalam cera­mah kempen Pakatan Harapan (PH) di pekarangan Bilik Gerakan Pusat Daerah Mengundi Kuala Pajam di sini malam tadi.

Yang turut hadir ialah Timbalan Presiden Parti Amanah Negara, Datuk Salahuddin Ayub.

Tambah Amirudin, rakyat perlu melihat bagaimana kerajaan mentadbir di dua negeri iaitu Selangor dan Pulau Pinang di bawah PH.

Katanya, daripada dua negeri itu, rakyat dapat melihat contoh bagaimana PH berdiri.

“Di situlah (Selangor dan Pulau Pinang) kita dapat lihat rupa bentuk dan gaya pentadbiran PH,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN