Jadual calon PRK DUN Semenyih kelam kabut - Utusan Malaysia

Jadual calon PRK DUN Semenyih kelam kabut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

APA sudah jadi? jadual calon-calon yang bertanding Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Semenyih menjadi kelam-kabut dan tunggang-langgang.

Baru masuk hari ketiga berkempen, calon-calon dilihat tidak menepati masa dengan aturan jadual yang ditetapkan.

Malah, pihak yang mengurus jadual calon juga tidak membantu 
media membuat liputan berita.

“Saya pun tidak tahu calon berada di mana sebab saya pun tidak pergi ikut calon,” kata salah seorang pegawai yang menguruskan jadual calon-calon kepada petugas media ketika dihubungi hari ini.

Rata-rata petugas media turut mengeluh kerana terpaksa berhadapan dengan masalah untuk mencari lokasi calon-calon melakukan lawatan kerja.

Alamat yang diberikan kepada media bagi calon-calon melakukan lawatan kerja juga tidak lengkap setiap hari.

“Ini kita sendiri nak kena teka lokasi ke macam mana ni? ini alamat yang diberikan adalah di rumah ketua puteri. Kalau kita penduduk asal sini pun kita tak tahu kalau alamat diberi macam ni,” keluh seorang lagi petugas media.

Masalah ini menyebabkan petugas-petugas media terpaksa membuang masa dan tertipu dengan jadual yang diberikan.

Pujian harus diberikan kepada jentera calon Parti Sosialis Malaysia (PSM)
yang mempunyai jadual kerja yang tersusun.

Malah, jentera parti itu menyediakan sidang akhbar calon yang tetap setiap hari, sekali gus memudahkan urusan petugas media.
-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN