LANGKAWI – Layak atau tidak seseorang itu untuk berada dalam Kabinet hanya boleh ditentukan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, kata Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu. Ini kerana katanya, Perdana Menteri mempunyai segala maklumat tentang anggota Kabinetnya termasuk kelayakan akademik. “Semua hal peribadi termasuk maklumat mengenai sijil akademik ada pada Tun Mahathir. Beliau boleh menentukan individu tersebut perlu dikekalkan di dalam Kabinet atau tidak, jadi saya tidak mahu komen apa-apa berkenaan…










