Isu sijil palsu diserah kepada pimpinan tertinggi - Utusan Malaysia

Isu sijil palsu diserah kepada pimpinan tertinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR 10 Feb. – Isu sijil akademik palsu yang didakwa milik beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) diserahkan kepada pucuk pimpinan tertinggi parti masing-masing untuk tindakan lanjut.

Pengarah Strategi Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad tanpa mahu mengulas lanjut berkata, pihaknya menyerahkan kepada parti bagi menyelesaikan perkara tersebut.

“Saya tak mahu masuk campur tentang hal sijil-sijil dan degree. Saya juga tak perlu jawab soalan tersebut dan tidak mahu beri sebarang komen,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Medical4Gaza di Econsave Alam Jaya di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Humanitarian Care Malaysia (MyCare), Kamarul Zaman Shaharul Anwar; Pengarah Eksekutif Econsave, Lai Sia Ling dan Pengurus Besar Pasaraya Econsave Cash and Carry, Mas Imran Adam.

Sebelum ini,  kelayakan akademik Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahaya; Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, Paul Yong Choo Kiong diragui.

Malah, terdapat beberapa pemimpin PH dikaitkan dengan isu sama antaranya sijil yang dimiliki Menteri Kewangan, Lim Guan Eng serta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraidah Kamaruddin.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN