Isu Audio: Pengakuan bukti Pas parti tidak berpendirian - Utusan Malaysia

Isu Audio: Pengakuan bukti Pas parti tidak berpendirian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERDANG – Pengakuan berhubung isu rakaman audio melibatkan anggota Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz membuktikan Pas sebuah parti tidak berpendirian, kata Timbalan Presiden Amanah, Datuk Salahuddin Ayub.

Beliau berkata, Nik Mohamad Abduh dan pimpinan Pas sebelum ini bermati-matian menafikan rakaman audio yang tular sejak sekitar Mac tahun lepas adalah suara ahli Parlimen Bachok itu, namun tiba-tiba bertukar fikiran mengakui kebenaran.

“Kalau dia sudah mengaku dan mengatakan penafian sebelum ini dibuat atas arahan presiden Pas maka rakyat akan menilai Pas sebagai parti sentiasa berubah cakap atau parti berpusing-pusing,” kata bekas Naib Presiden Pas itu mengulas pengakuan Nik Mohamad Abduh bahawa rakaman audio yang tular adalah miliknya.

Salahuddin yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ditemui pemberita selepas melancarkan Hala Tuju Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani “Prioriti dan Strategi 2019-2020” di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini hari ini.

Nik Mohamad Abduh dilaporkan diminta oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menafikan rakaman audio itu, yang dikatakan antara lain mengandungi pernyataan Pas menerima wang daripada UMNO bagi menjaga reputasi parti menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN