Israel cari peluang perang - Iran - Utusan Malaysia

Israel cari peluang perang – Iran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUNICH 17 Feb. – Menteri Luar Iran, Mohammad Javad Zarif berkata, Israel didakwa sedang ‘mencari-cari peluang melancarkan perang’, susulan serangan baru-baru ini terhadap sasaran Iran di Syria.

“Tentunya beberapa orang sedang ‘mencari perang’,” katanya ketika sesi soal jawab di Persidangan Keselamatan Munich sambil merujuk perkara itu kepada ‘Israel’.

Israel melakukan beberapa serangan udara bulan lepas terhadap apa yang dikatakannya adalah kemudahan milik Pasukan Quds di Syria.

Memuatkan artikel berkaitan…

Israel telah melakukan beratus-ratus serangan udara di Syria dalam beberapa tahun terakhir menentang sasaran Iran dan Hezbollah.

Iran adalah penyokong utama Presiden Bashar al-Assad dalam perang saudara Syria.

“Kami berada di Syria atas ‘jemputan’ kerajaan Syria untuk memerangi keganasan,” kata Mohammad Javad. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini