IJN Private tawar rawatan komprehensif - Utusan Malaysia

IJN Private tawar rawatan komprehensif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Institut Jantung Negara (IJN) Private menawarkan rawatan  komprehensif baharu termasuk untuk buah pinggang, paru-paru dan penjagaan kesihatan wanita kepada pesakitnya tahun ini.

Ketua dan Pengarah Operasi Bahagian Penjagaan Kesihatan Swasta, Datuk Dr. Mohamed Ezani Md. Taib berkata, usaha itu sedang dijalankan untuk membantu pesakit dan akan memberi nafas baharu kepada mereka tidak lama lagi.

“Kebanyakan pesakit kami bukan sahaja tertumpu kepada sakit jantung semata-mata kerana bila mereka lemah jantung ia juga akan beri kesan kepada paru-paru.

“Sebahagian mereka pula ada yang menghidap kencing manis dan darah tinggi yang akhirnya memberi kesan kepada buah pinggang mereka. Justeru mereka memerlukan rawatan rapi,” katanya kepada pemberita selepas sambutan ulang tahun ke-2 IJN Private di sini hari ini.

Ezani menambah, penyakit jantung semakin meningkat dalam kalangan wanita dan IJN Private mengambil langkah dengan menawarkan perkhidmatan penjagaan kesihatan kepada golongan itu. – Bernama
 
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN