COPENHAGEN 7 Feb. – Mahkmah Denmark hari ini menjatuhkan hukuman penjara empat tahun terhadap seorang ibu kerana menganiaya teruk anaknya dengan mengambil setengah liter darah setiap minggu selama lima tahun.
Tertuduh merupakan seorang jururawat berusia 36 tahun melakukan perbuatan itu sejak anaknya berusia 11 bulan.
Menurutnya, dia tidak membuat keputusan (perlakuan) itu secara sedar dan ia datang dengan sendiri.
“Saya tidak tahu bagaimana ia bermula yang mana tidak mempunyai hak untuk melakukannya.
“Saya membuang darah itu ke dalam tandas dan picagari berkenaan ke dalam tong sampah,” katanya ketika di mahkamah daerah Herning hari ini.
Terdahulu, doktor tidak dapat memberi penjelasan mengapa kanak-kanak itu mempunyai darah yang sangat kurang dalam badannya. – AFP










