MARANG 24 Feb. – Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar memberi jaminan hubungan kerajaan negeri dengan Kerajaan Pusat tidak terjejas meskipun sejak kebelakangan ini tercetus pelbagai isu politik yang mengaitkan kepemimpinan Pas agak cenderung untuk berbaik dengan Barisan Nasional (BN). Malah, Ahmad Samsuri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang berkata, apa yang berlaku sekarang, hubungan kedua-dua kerajaan terus kekal dalam keadaan baik dalam menjalinkan kerjasama sepertimana diharapkan.…










