HSKU dekatkan sastera, masyarakat - Utusan Malaysia

HSKU dekatkan sastera, masyarakat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 Feb. – Penganjuran Hadiah Sas­tera Kumpulan Utusan (HSKU) yang sudah menginjak usia tiga dekad sememang­nya telah berjaya mengangkat martabat karya sastera negara ke tahap lebih tinggi.

Karya bernilai tinggi yang ditonjolkan dalam HSKU juga te­lah membuatkan sastera mempunyai imej lebih dekat dengan masyarakat sekali gus mempo­pularkannya bukan sahaja kepada kalangan penggiat sastera tetapi juga orang awam.

Bagi Nazri Hussein atau nama penanya Husna Nazri, 53, yang telah menyertai HSKU bertahun lamanya menganggap penganjuran pertandingan mengiktiraf karya seumpama ini amat pen­ting

NAZERI HUSSEIN
NAZERI HUSSEIN 

bagi memastikan masyarakat menghayati nilai sastera.

Beliau yang juga pemenang pertama bagi kategori Cerpen Media Baharu dalam HSKU ke-32 tahun lalu menerusi karya Emel Sang Psikosis sangat menghargai usaha Kumpulan Utusan memastikan kelangsungan pertan­dingan sastera berprestij ini.

“Orang ramai yang menggemari karya sastera boleh sama-sama hadir meraikan karya terbaik sekali gus boleh kembali mempopularkan sastera di mata masyarakat,” katanya di sini hari ini.

HSKU merupakan acara tahunan anjuran Utusan Melayu (M) Berhad bagi menghargai karya-karya sastera dalam genre cerpen, sajak, novel remaja dan esei.

Majlis penyampaian hadiah bagi HSKU Ke-33 pada 27 Februari ini bakal menyaksikan kehadiran Ahli Parlimen Port Dickson yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk merasmikan program tersebut.

Majlis itu akan diadakan di Dewan Besar, Ibu Pejabat Utusan Melayu di sini.

Sebanyak enam kategori dipertandingkan bagi anugerah tahun ini iaitu Cerpen Media Baharu, Cerpen Umum, Cerpen Remaja, Puisi, Rencana Sastera serta Novel Remaja dengan hadiah keseluruhan berjumlah RM60,000.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN