KUALA LUMPUR – Kereta Honda Civic Type-R yang dipasang pelekat Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebenarnya adalah untuk dipandu uji pihak berkuasa itu. Pengarah Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi Bukit Aman, Datuk Seri Tajudin Md. Isa berkata, kenderaan tersebut dipinjamkan bagi tujuan pandu uji atas cadangan syarikat berkenaan. “PDRM hanya memandu uji kereta berkenaan seperti yang dicadangkan syarikat itu sendiri bagi tujuan penilaian teknikal termasuk melihat kesesuaiannya untuk kegunaan pihak berkuasa…










