KUALA LUMPUR 6 Feb. – Bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini meluangkan masa menziarahi Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang baru menjalani pembedahan.
Hishamuddin menerusi akaun Twitter berkongsi sekeping gambar yang memaparkan beliau serta isterinya, Datin Seri Tengku Marsilla Tengku Abdullah bersama Mohamed Azmin dan isteri, Datin Seri Shamsidar Taharin.
“Semoga @AzminAli cepat sembuh seperti sedia kala,” katanya beliau.
Kiriman tersebut turut dibalas Mohamed Azmin yang menzahirkan penghargaan atas keprihatinan ditunjukkan Ahli Parlimen Sembrong itu.
“Kunjungan daripada seorang sahabat lama. Terima kasih Hishamuddin dan Tengku Marsilla Tengku Abdullah yang sudi menziarahi saya petang ini. Hishammuddin memandu sendiri ke rumah saya di Ampang. Rupanya dia ada lesen memandu,” ujar beliau. – UTUSAN ONLINE










