Hina agama: Kerajaan perlu sediakan garis panduan yang jelas - Utusan Malaysia

Hina agama: Kerajaan perlu sediakan garis panduan yang jelas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 28 Feb. – Kerajaan perlu menyediakan garis panduan yang jelas yang dapat membezakan antara penghinaan dan penjelasan semasa membuat pindaan terhadap akta membabitkan kesalahan isu kebencian agama dan perkauman di negara ini.

Timbalan Mufti Perak, Zamri Hashim berkata, pindaan itu perlu mengambil kira pandangan pelbagai pihak termasuk ulama, cendekiawan Islam dan badan-badan dakwah dalam mengemukakan cadangan untuk memperkasakan undang-undang agar dakwah Islam tetap berlaku dan tidak terbantut.

“Saya setuju dengan cadangan pindaan berkenaan namun kerajaan juga perlu membezakan antara penghinaan dan penjelasan. Perlu ada garis panduan yang jelas antara penghinaan dan penjelasan.

“Larangan menghina agama lain jelas terkandung di dalam al-Quran dan di dalam al-Quran juga terdapat banyak ayat yang sifatnya menjelaskan akidah sebenar iaitu mentauhidkan Allah sekali gus menjelaskan kesalahan dan kebatilan akidah selain daripada mentauhidkan Allah,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Menurut beliau, dakwah perlu disampaikan dengan harmoni tanpa cacian dengan mengambil kira peruntukkan undang-undang sedia ada yang meletakkan Islam sebagai agama bagi negara ini.

“Namun kadang-kadang, orang-orang bukan Islam ini ada yang merasa terganggu ketika mereka dijelaskan tentang agama Islam lalu mereka menuduh orang yang menerangkan konsep ajaran Islam ini sebagai pencela agama mereka.

“Padahal yang dilakukan bukan pencelaan melainkan diskusi yang logik dan masuk akal berdasarkan fakta dan realiti,” katanya.

Habis//

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN