SAUDARA PENGARANG,UMPAMA cendawan tumbuh selepas hujan, begitulah perniagaan atau kedai cetakan atau sinonim dengan nama xerox. Industri bersandarkan pendidikan seperti ini memang menjadi tumpuan, terutama dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) sejak sekian lama. Kebiasaannya, pensyarah mengusulkan buku-buku tertentu untuk dibeli oleh pelajar sebagai rujukan dalam kuliah. Namun, harganya agak mahal. Maka sudah tentulah para pelajar akan ada perasaan ‘tersepit’ antara dua pilihan, mahu membeli dan memiliki buku rujukan…










