Guru bantu pelajar diserang sawan - Utusan Malaysia

Guru bantu pelajar diserang sawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS 6 Feb. – Tindakan pantas guru-guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pasir Mas, di sini berjaya menyelamatkan seorang pelajar yang diserang kekejangan akibat penyakit sawan, Khamis lalu.

Kejadian dikatakan berlaku ketika pelajar pendidikan khas tersebut  sedang menjamah makanan di kantin pada waktu rehat, Khamis lalu dan tular hari ini selepas dikongsikan salah seorang guru di Facebook.

Guru terbabit, Mohd Syafiq Mohamad Fadeli, 32 berkata, ketika kejadian dia bersama guru kelas pendidikan khas, Abd. Aziz Mohd. Noor dan beberapa rakan sejawat lain sedang makan di kantin tersebut.

Menurutnya, seorang pelajar pendidikan khas tiba-tiba datang mendekati mereka dalam keadaan terhuyung-hayang.

“Mulutnya terkumat-kamit. Pada mulanya saya sukar memahami apa yang dimaksudkan pelajar berkenaan. Rupanya dia beritahu mengalami kekejangan,” katanya..

Mohd. Shafiq memberitahu, Abd. Aziz yang memang mengetahui penyakit sawan pelajar berkenaan segera memegang dan merebahkannya di atas riba sambil memegang rahang bagi mengelak mangsa tercedera.

“Kami guru yang lain turut mengurut-urut tangan dan kaki pelajar berkenaan sambil berzikir supaya menjadi lembut, sambil mengalunkan zikir-zikir memohon bantuan Allah SWT.

“Lama-kelamaan, nampak tubuhnya sudah merah kembali. Tubuh yang terketar-ketar tadi beransur tenang. Akhirnya nafasnya juga tenang,” katanya.

Usaha kumpulan pendidik itu yang tular di media sosial hari ini mendapat pujian warga net kerana berjaya mengelak keadaan mangsa menjadi lebih buruk jika tidak dibantu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN