Enam lokasi tompok panas pembakaran terbuka di Pulau Pinang - Utusan Malaysia

Enam lokasi tompok panas pembakaran terbuka di Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang mengenal pasti enam lokasi tompok panas di negeri ini yang boleh berlaku kebakaran berikutan cuaca panas yang melanda kini.

Pengarah JBPM Pulau Pinang, Saadon Moktar berkata, enam lokasi itu membabitkan satu di kawasan bahagian pulau iaitu di Balik Pulau manakala di tanah besar melibatkan Batu Kawan, Penanti, Bukit Mertajam, Tasek Gelugor dan Kuala Muda.

“Enam kawasan berkenaan adalah lokasi yang masih banyak tempat lapang, belukar dan hutan serta pertanian seperti sawah padi, jadi ia lebih terdedah untuk berlaku kebakaran terbuka.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pihak bomba memberi lebih tumpuan di kawasan ini terutama ketika musim panas sekarang ini,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Menurutnya, jumlah pembakaran terbuka yang direkodkan di Pulau Pinang juga meningkat bagi tempoh dua bulan pertama tahun ini iaitu 521 kes berbanding 367 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) semalam menjangkakan cuaca panas di beberapa kawasan di negara ini akan berlarutan sehingga Mac ini. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN