Emery yakin kebolehan dimiliki Suarez - Utusan Malaysia

Emery yakin kebolehan dimiliki Suarez

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 8 Feb. – Pengurus Arsenal, Unai Emery dilihat telah tertarik dengan prestasi dipamerkan oleh Danis Suarez dan kini pemain berkenaan kemungkinan besar diturunkan dalam aksi Liga Perdana Inggeris menentang Huddersfield Town, malam esok.

Aksi minggu ini juga adalah peluang terbaik buat Suarez mempamerkan kebolehan sebenarnya bersama Arsenal selepas dipinjamkan daripada Barcelona.

Suarez bersetuju menyertai kelab Liga Perdana Inggeris berkenaan selepas sedar peluangnya di Camp Nou semakin mengecil di bawah bimbingan Ernesto Valverde.

Emery turut berharap Suarez akan menjadi watak penting buat Arsenal bermula dengan aksi minggu ini.

“Minggu lepas dia tidak berpeluang mempamerkan kebolehannya kerana hanya diturunkan dari bangku simpanan dan bermain selama 25 minit sahaja ketika menentang Manchester City.

“Menentang Huddersfield Town pada Sabtu ini, saya lihat dia sudah bersedia untuk mempamerkan aksi terbaik buat pasukan,” kata Emery. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN