Duda terlepas hukuman gantung  - Utusan Malaysia

Duda terlepas hukuman gantung 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Seorang duda anak satu terlepas daripada hukuman gantung selepas Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepaskan dan membebaskannya daripada tuduhan membunuh seorang warga Bangladesh tiga tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datin Zalita Zaidan membuat keputusan itu setelah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh, Mohd. Adil Ab. Sahud, 33, di akhir kes pendakwaan.

Zalita dalam penghakimannya berkata, pihak pendakwaan juga gagal memanggil saksi penting dalam kes berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mengikut pertuduhan, penggangur  tersebut didakwa bersama-sama tiga lagi lelaki yang masih bebas membunuh Abdul Kudus di sebuah kawasan di Batu 9, Taman Medan Sijangkang, Banting, Kuala Langat.

Perbuatan tersebut dilakukan pada 10 April 2016 kira-kira pukul 9 pagi.

Pertuduhan tersebut dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, mangsa dipercayai disamun beberapa individu di dalam sebuah bas sebelum cuba menyelamatkan diri dengan terjun dari kenderaan itu.

Bagaimanapun ketika cuba melarikan diri mangsa telah dipukul dengan objek tumpul di bahagian kepala.

Mangsa kemudiannya ditemui oleh awam terbaring ditepi jalan sebelum disahkan meninggal dunia tiga hari selepas kejadian.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Devinderjit Kaur Gill manakala tertuduh diwakili peguam, Wan M. Razali Wan A. Kadir

Sepanjang perbicaraan di peringkat pendakwaan yang berlangsung sejak Oktober tahun lalu, seramai 17 saksi dipanggil memberi keterangan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×