Dr. Mahathir, Anwar tukar pendapat hal mendesak - Utusan Malaysia

Dr. Mahathir, Anwar tukar pendapat hal mendesak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 8 Feb. – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memuat naik gambar dalam akaun Facebook beliau hari ini tentang pertemuannya dengan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya, semalam.

Anwar turut memberi keterangan gambar bahawa beliau sempat bertukar pendapat dengan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu mengenai beberapa hal yang mendesak.

“Semalam bertemu Dr. Mahathir sebelum berlepas ke luar negeri. Sempat bertukar pendapat beberapa hal yang mendesak. Alhamdulillah,” jelas Anwar dalam akaun media sosialnya itu.

Kelmarin, Anwar menyifatkan desas-desus rombakan Kabinet termasuk pelantikan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Timbalan Perdana Menteri yang didakwa bakal berlaku selepas sambutan Tahun Baharu Cina adalah isu yang sengaja dihangatkan oleh pihak tertentu bagi menimbulkan ketegangan dalam PH.

Berdasarkan persetujuan antara parti komponen PH, Dr. Mahathir dijadualkan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar pada pertengahan tahun 2020.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN