Coutinho tidak akan dijual - Utusan Malaysia

Coutinho tidak akan dijual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BARCELONA – Dua gergasi Liga Perdana England, Chelsea dan Manchester United sudah boleh melupakan hajat mereka untuk menandatangani bintang Barcelona, Philippe Coutinho.

Presiden Barcelona, Josep Maria Bartomeu sekali lagi memberikan amaran kepada Chelsea dan United yang mereka tidak akan menjual Coutinho, 26, meskipun ‘dium­pan’ dengan tawaran amat lumayan selepas ini.

“Coutinho tidak akan dijual, jangkaan kami terhadapnya cukup tinggi. Lagi pun dia adalah salah seorang pemain yang kami mahu kekalkan di Barcelona,” katanya.

The Catalans enggan membazir nilai perpindahan tinggi £142 juta (RM748.49 juta) yang dibayar kepada Liverpool untuk mendapatkan khidmat pemain tengah itu pada Januari 2017.

Bintang skuad antarabangsa Brazil itu disebut-sebut mahu meninggalkan Camp Nou selepas bergelut untuk menampilkan pres­tasi terbaik musim ini walaupun dia sudah memenangi tiga kejuaraan bersama Barcelona.

Chelsea terdesak untuk me­nyambar khidmat Coutinho sebagai pengganti kepada Eden Hazard yang dilaporkan sudah bersedia menyertai Real Madrid sebaik jendela perpindahan pemain kembali dibuka pada Ogos depan.

The Blues dan United kini tiada pilihan lain selain mencari pemain baharu dan melupakan cita-cita untuk mendapatkan Coutinho yang pernah beraksi dengan Inter Milan dari 2008 hingga 2013. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN