Cedera dibelasah penyamun dalam lif - Utusan Malaysia

Cedera dibelasah penyamun dalam lif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 Feb. – Ditarik rambut, ditumbuk serta ditendang beberapa kali. Itu pengalaman menakutkan yang dilalui seorang wanita ketika disamun dalam sebuah lif di Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Taman Mutiara, Cheras di sini kelmarin.
 Dalam kejadian pukul 6.45 pa­gi itu, mangsa berusia 48 tahun memasuki lif sebelum diiku­ti suspek. 
 Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Se­nior Asisten Komisioner Rusdi Mohd. Isa berkata, selepas memasuki lif, suspek tiba-tiba membelasah wanita itu sebelum menarik beg tangannya. 
 “Selepas mengambil dompet mangsa yang mengandungi kad pengenalan, kad pengeluaran wang automatik (ATM) serta wang tunai RM400, suspek mencampak beg tangan tersebut dan melarikan diri.

GAMBAR tangkap layar menunjukkan seorang wanita dibelasah lelaki yang menyamunnya di sebuah lif Stes
GAMBAR tangkap layar menunjukkan seorang wanita dibelasah lelaki yang menyamunnya di sebuah lif Stes 

“Usaha mengesan suspek giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun hingga mendatangkan kecede­raan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ujar Rusdi, mangsa yang cede­ra di dahi dan badan telah mendapat rawatan pesakit luar di hospital berdekatan.

Tambahnya, pihaknya sudah merakam percakapan tiga saksi bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Insiden samun itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) dalam lif berkenaan yang tular selepas dimuat naik di laman sosial sejak semalam.

Video berdurasi 57 saat itu menunjukkan suspek mengekori wanita berkenaan masuk ke dalam lif sebelum menumbuk mangsa serta menarik rambut serta menendangnya dan menarik beg tangan mangsa.

Ketika lif berhenti seketika di tingkat lain, suspek berhenti memukul mangsa dan berpura-pura berdiri sambil sebelah tangannya masih memegang rambut wanita terbabit.

Suspek menekan butang untuk menutup pintu lif sebelum membelasah mangsa semula. Lelaki itu kemudian melarikan diri bersama dompet mangsa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×