KEHIDUPAN yang sibuk sudah menjadi resam masyarakat yang tinggal di bandar besar seperti Kuala Lumpur. Kesibukan itu bukan disengajakan tetapi demi meraih rezeki untuk hidup di bandar metropolitan yang menuntut perbelanjaan seharian jauh lebih besar berbanding di luar bandar. Rata-rata penduduk bandar sanggup melakukan pelbagai pekerjaan bagi memastikan belanja dapur, persekolahan anak-anak, hutang bank, kos pengangkutan ke tempat kerja dan lain-lain dapat dibiayai dengan secukupnya. Malah, ada penduduk sanggup berkorban masa dan tenaga untuk melakukan dua pekerjaan supaya perbelanjaan bulanan seisi keluarga cukup. Memandangkan peluang pekerjaan yang lebih banyak ditawarkan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya