Awal bulan lalu, tular kisah seorang wanita warga emas bernama Che Munah Che Man dari Pasir Puteh, Kelantan. Cerita wanita berusia 80 tahun itu meruntun hati netizen selepas gambarnya duduk bersimpuh menjual asam keping di sebuah pasar di negeri itu dikongsi oleh seorang pengguna laman Facebook. Pada usia yang menghampiri satu abad, Che Munah terpaksa berulang alik dari rumahnya ke pasar tempat dia berniaga yang jaraknya 40 kilometer sehala atau…










