Calon tetap perjuang hospital - Utusan Malaysia

Calon tetap perjuang hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU LANGAT 20 FEB. – Hospital Semenyih tetap akan diperjuangkan calon Pakatan Harapan (PH), Muhammad Aiman Zainali walaupun cadangan itu dianggap tidak munasabah oleh kerajaan.

Beliau berkata, sebuah hospital sudah lama diimpikan para penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu.

Ini kerana, katanya, selama ini penduduk terpaksa menanggung beban berulang-alik ke Hospital Kajang yang terlalu sesak dengan pesakit.

“Saya akan tetap membawa suara rakyat Semenyih sehingga hasrat mereka tercapai dan saya berharap suara mereka akan didengari oleh pihak atasan.

“Selain hospital, saya juga berharap kerajaan dapat menaik taraf klinik kesihatan di Semenyih supaya dapat menampung keperluan penduduk di sini. Kedua-dua keperluan ini amat dinantikan penduduk dalam DUN Semenyih,” katanya di sini hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN