Budak perempuan 11 tahun hampir dinikahkan bapa - Utusan Malaysia

Budak perempuan 11 tahun hampir dinikahkan bapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBERANG PERAI – Pihak berkuasa menggagalkan rancangan seorang bapa berketurunan Rohingya untuk menikahkan anak perempuannya yang baru berusia 11 tahun di Taman Senangin, Perai di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, pihaknya menerima aduan daripada seorang wakil badan bukan kerajaan (NGO) kelmarin berhubung rancangan keluarga pelarian Myanmar berkenaan.

“Lelaki itu yang merupakan bekas guru kanak-kanak perempun tersebut mendakwa menerima laporan bahawa kanak-kanak itu akan dinikahkan di sebuah rumah.

“Justeru Ketua Polis Balai Perai hari ini telah hadir memberikan nasihat kepada kanak-kanak itu, bapanya yang berusia 46 tahun, bakal pengantin lelaki dan ahli keluarga yang terlibat sehingga mereka bersetuju menangguhkan perkahwinan itu,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Nik Ros Azhan berkata, siasatan pihaknya mendapati, kanak-kanak berkenaan mahu dinikahkan dengan serang lelaki yang juga berketurunan Rohingya berusia 20 tahun.

“Bapa kanak-kanak itu bekerja kontrak dan telah berkahwin semula selepas isteri pertamanya meninggal dunia serta mempunyai dua anak berusia 4 dan 11 tahun.

“Alasan dia mahu mengahwinkan anaknya itu adalah kerana faktor penjagaan,” katanya lagi.

Kanak-kanak tersebut kini menerima pemantauan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta perkara berkenaan turut dimaklumkan kepada Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) dan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN