Budak maut rumah dirempuh kereta - Utusan Malaysia

Budak maut rumah dirempuh kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 16 Feb. – Seorang kanak-kanak berusia enam tahun maut selepas rumahnya dirempuh sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang terbabas di Kampung Merchong Bebar, Pekan dekat sini hari ini.

Kanak-kanak yang maut dalam kejadian pukul 10 pagi itu ialah Nooreen Qistina Abdullah.

Ibu kanak-kanak itu, Norehan Abdul Rahman, 26, tidak mengalami kecederaan manakala seorang lagi anaknya, Nur Jannah Muhamad Hafizi yang berusia setahun luka di bahagian kepala.

Pemandu Perodua Myvi, Mohd. Izwan Zainudin, 31, yang merupakan penuntut universiti awam cedera dan dirawat di Hospital Pekan.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintenden Amran Sidek berkata, kemalangan berlaku ketika pemandu Perodua Myvi dalam perjalanan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kuantan menghala ke Johor Bahru.

“Apabila sampai di tempat kejadian, pemandu Perodua Myvi itu mengelak sebuah kenderaan dari arah hadapan lalu terbabas terlanggar sebuah rumah di Kampung Merchong.

“Akibat kemalangan itu, Nooreen Qistina dihempap batu bata rumah yang runtuh akibat perlanggaran dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Klinik Nenasi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Amran berkata, ketika kejadian, keadaan cuaca adalah baik, cerah dan tidak hujan.

“Siasatan diteruskan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN