Budak lelaki telan replika peluru - Utusan Malaysia

Budak lelaki telan replika peluru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BRISBANE – Seorang budak lelaki berumur tiga tahun memberitahu ibu bapa bahawa dia sudah menelan sebutir peluru yang menyebabkan mereka berasa terkejut baru-baru ini.

Hunter Wood yang sedang duduk di atas sofa kemudian memandang bapanya, Tim dan berkata: “Ayah, saya sudah telan sebutir peluru.”

Tim yang mengusahakan bisnes kenderaan ketenteraan pada era Perang Vietnam di Gold Coast, Australia mendakwa anaknya itu sebenarnya meletakkan replika peluru ke dalam mulut sebelum dia meneguk air.

Menurut laporan, Tim pernah memenangi rantai kunci mengandungi replika peluru sebagai hadiah kemenangan dalam satu pertandingan.

Menurutnya, Hunter dipercayai menelan replika peluru yang terjatuh daripada rantai kunci itu.

Ujian X-ray menunjukkan replika peluru itu terdapat di dalam usus Hunter. Replika peluru itu dijangka keluar melalui sistem pencernaan secara normal tanpa mendatangkan kecederaan dalaman menyebabkan kanak-kanak itu tidak perlu dibedah. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN