BSH: Orang bujang kata mereka sama macam budak sekolah - Utusan Malaysia

BSH: Orang bujang kata mereka sama macam budak sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR 20 Feb. – “Ramai orang muda kata depa (mereka) dah sama macam budak sekolah apabila jumlah Bantuan Sara Hidup (BSH) yang diumumkan hanya RM100 berbanding RM450 ketika Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebelum ini”.

Itu antara luahan yang diterima Pertubuhan Kebajikan Penduduk Daerah Baling (Perkeba), dekat sini sebaik sahaja Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengumumkan pemberian BSH tersebut bagi kategori bujang, semalam.

JHANGIR KHAN
JHANGIR KHAN

Yang Dipertua Perkeba, Jhangir Khan Kathem Khan berkata, kebanyakan penerima BSH kategori bujang adalah mereka yang terdiri daripada golongan berpendapatan rendah dan hanya bekerja biasa termasuk kerja-kerja kampung.

“Ramai juga yang merungut apabila Kementerian Kewangan maklumkan akan beri RM100, kalau betul nak bagi apa salahnya kekalkan sahaja jumlah sama seperti sebelum ini (BR1M) atau pun paling kurang RM300 supaya ada perbezaan sikit dengan pelajar yang menerima bantuan persekolahan.

“Jika hanya beri RM100, kita tidak nampak yang kerajaan bersedia untuk memberikan BSH kepada penerima-penerima ini, sebaliknya seperti ada kaitan politik memandangkan sokongan orang muda kepada mereka kini semakin berkurangan disebabkan beberapa isu,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas keputusan kerajaan yang akan menyampaikan BSH kategori bujang kepada lebih tiga juta individu dengan melibatkan peruntukan sebanyak RM300 juta seperti yang diumumkan Guan Eng dalam kenyataan akhbarnya.

Alor Setar , 2 Januari 2018 - Setiausaha Persatuan Pengguna Kedah
MOHAMAD YUSRIZAL

Sementara itu, Setiausaha Persatuan Pengguna Kedah (Cake), Mohamad Yusrizal Yusoff berkata, jumlah bantuan yang diperuntukkan itu tidak memadai sekiranya dibandingkan dengan kos sara hidup yang tinggi pada hari ini.

“Cake berpendapat BSH sebanyak RM100 merupakan satu langkah yang tidak tepat. Malah, kami juga mendapati ramai pengguna yang mengkritik bantuan ini, atas dasar apa sebenarnya BSH ini diberikan.

“Sekiranya ia adalah satu bentuk subsidi bersasar memang baik untuk rakyat dan pengguna kerana mereka dapat menggunakan wang tersebut untuk membeli barangan keperluan harian tetapi jika hanya RM100, ia hanya mengurangkan sedikit sahaja bebanan pengguna,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN