Bomba Johor tubuh Skuad Bomba Tahfiz - Utusan Malaysia

Bomba Johor tubuh Skuad Bomba Tahfiz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Johor mensasarkan sebanyak 154 buah sekolah tahfiz, agama dan pondok menubuhkan Skuad Bomba Tahfiz menjelang akhir Mac tahun ini.

Pengarah JBPM negeri Johor, Datuk Yahaya Madis berkata, sehingga kini hanya 42 buah sekolah telah menubuhkan skuad ini melibatkan Zon 1 terdiri daripada tiga daerah iaitu Johor Bahru, Kulai dan Pontian.

Menurutnya, penubuhan skuad bomba  itu bertujuan melaksanakan langkah awal mengatasi kebakaran dan mereka dilatih menyentuh pengetahuan asas antaranya pengenalan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) selain punca api.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selain itu, tips serta arahan keselamatan mengikut kesesuaian pusat tahfiz selepas pemeriksaan dibuat turut diberikan bagi meningkatkan lagi kesedaran dalam kalangan tenaga pengajar serta pelajar tahfiz.

“Diseluruh negeri Johor kita telah mengenal pasti sebanyak 154 buah sekolah tahfiz, agama serta pondok dan daripada jumlah itu sebanyak 85 buah telah berdaftar dengan JBPM,” katanya.

Beliau berkata ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Alat Pemadam Api dan Penyampian Sijil Skuad Bomba Zon 1 di JBPM negeri di sini hari ini.

Pada majlis itu sebanyak 42 buah sekolah tahfiz, agama dan pondok membabitkan daerah Kulai, Pontian dan Johor Bahru. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×