BISIK-BISIK AWANG SELAMAT - 8 FEBRUARI 2019 - Utusan Malaysia

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT – 8 FEBRUARI 2019

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Awang tidak ada masalah berhubung dana khas yang disalurkan terus oleh Kementerian Kewangan kepada sekolah-sekolah menengah persendirian Cina berjumlah RM12 juta.

Tetapi apa yang Awang harap layanan sama diberikan kepada permohonan untuk mendapatkan peruntukan tambahan bagi menyelenggara sekolah kebangsaan dan agama yang dibuat Kementerian Pendidikan kepada Kementerian Kewangan.

Kalaulah peruntukan RM12 juta begitu mudah diberikan kepada sekolah-sekolah menengah persendirian Cina, kenapa susah sangat peruntukan tambahan diberikan bagi meningkatkan taraf sekolah kebangsaan dan sekolah agama?

Dalam berhadapan isu ini, Kementerian Kewangan atau pihak kerajaan tidak perlu melatah kononnya sekolah Cina adalah ‘anak emas’, sebaliknya pastikan tidak ada sekolah dilihat seolah-olah dipinggirkan.

Kerajaan tidak boleh marah kepada rakyat yang mempunyai pandangan sendiri dalam isu ini. Banyak lagi sekolah milik kerajaan berada dalam keadaan daif khususnya di Sabah dan Sarawak yang memerlukan peruntukan khas Kementerian Kewangan.

Awang tidak berhasrat membuat sebarang tuduhan kepada Kementerian Kewangan walaupun pelbagai pandangan Awang baca dalam media sosial ada kebenarannya. Tetapi sebelum bertambah parah sehingga membangkitkan perasaan tidak puas hati rakyat, Kementerian Kewangan perlu melakukan sesuatu. Bertindaklah sebelum terlambat.

Awang – Harap tiada muslihat politik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN